
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk pemain industri dan pihak berkepentingan yang berminat untuk menyertai Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).