KUALA LUMPUR, 13 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelaskan mengenai perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) persidangan Dewan Rakyat hari ini.Â
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan laman rasmi Parlimen, Anwar menjelaskan isu itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bahru) mengenai jaminan kerajaan bahawa perjanjian berkenaan tidak akan menjejaskan hak kedaulatan dan merugikan negara khususnya kesan negatif terhadap aktiviti ekonomi maritim dalam jangka masa panjang.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Sidang Dewan Rakyat yang memasuki hari ketiga hari ini, antara lain bakal membincangkan mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 serta cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut bagi pembangunan negara.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.
KUCHING, 13 Mei: Tiga Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada 15 hingga 24 Mei.
KOTA KINABALU, 10 Jan: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan dua usul rang undang-undang berkaitan ambil alih kuasa kawal selia bekalan gas oleh kerajaan Sabah daripada kerajaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang membenarkan perbelanjaan sebanyak RM107,718,676,650 dikeluarkan untuk perkhidmatan kerajaan bagi sebahagian tahun 2023.