KUALA LUMPUR, 2 Feb: Bursa Malaysia meningkat semula daripada jualan pada Selasa untuk dibuka tinggi pagi ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah, kata peniaga.
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.93 mata kepada  1,491.43 daripada 1,485.50 pada Selasa.