KUALA NERUS, 13 Sept: Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim memohon maaf kepada penyokong skuad Penyu kerana gagal mempamer aksi terbaik pada perlawanan akhir Piala FA 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.
Penjaga gol berusia 21 tahun itu turut mengakui kesilapannya melepaskan gol mudah ketiga buat Johor Darul Ta’zim (JDT), menyebabkan Terengganu terlepas peluang membawa pulang kejuaraan berprestij itu setelah 11 tahun menunggu.