
KUALA LUMPUR, 15 Mac: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen.

SHAH ALAM, 3 Mei : Kerajaan negeri Selangor bersetuju cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu, 4 Mei selaras pengumuman rasmi Hari Raya yang jatuh pada Isnin.