
KUCHING, 21 Sept: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) telah berjaya mencapai tahap penilaian klasifikasi sebanyak 90 peratus daripada lebih 1,200 atlet terlibat, sebelum temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 membuka tirai secara rasmi di Stadium Perpaduan di sini, malam esok.
Setiausaha Agung MPM Datuk R. Subramaniam berkata kesemua penilaian dilakukan di enam zon seluruh negara sehingga 31 Julai, dengan baki 10 peratus lagi diharap dapat dilengkapkan pada hari ini dan esok, melibatkan antara lain sukan olahraga dan renang.

PARIS, 6 Sept: Kontinjen negara seakan belum mahu menyerah kalah bagi menggapai misi sukar menepati sasaran empat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.