KUALA LUMPUR, 1 Sept: Industri acara perniagaan akan membantu negara melepasi sasaran baharunya untuk menarik 9.2 juta ketibaan pelancong dengan RM26.8 bilion resit pelancongan tahun ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 79 acara perniagaan dijalankan pada separuh tahun kedua 2022 termasuk Minggu Acara Perniagaan Malaysia di sini dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC 2022)Â di Sabah.