PUTRAJAYA, 22 Ogos: Ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) diseru agar sentiasa menghayati erti kemerdekaan dan menghargai pengorbanan wira yang memperjuangkan kebebasan tanah air.
Penaung Puspanita Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata nilai kemerdekaan negara bukanlah murah kerana ramai pejuang yang berkorban nyawa dalam usaha memerdekakan tanah air.