
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Arena bola sepak negara menerima perkhabaran duka berikutan pemergian bekas pengendali skuad Harimau Malaya B. Sathianathan yang meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam Persatuan Bola Sepak (FAM) Christopher Raj ketika mengesahkan perkara itu berkata Sathianathan, 65, menghembuskan nafas terakhir pada 1.25 tengah hari ini.