Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Serian lambang seni bina ikonik Bidayuh #bm, Berita Sarawak, Daily Updates November 27, 2021 6:40 PM KUCHING, 27 NOV: Menerapkan seni bina ikonik Bidayuh yang dikenali sebagai Baruk, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Serian hari ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.