
GENEVA, 28 Mei: Sekurang-kurangnya 47 penduduk Palestin cedera, kebanyakannya akibat tembakan tentera Israel, ketika orang ramai berpusu-pusu ke pusat agihan bantuan yang baru dibuka di Gaza, kata seorang pegawai hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.