
KUALA LUMPUR, 10 Sept: Seorang lelaki dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memukul isterinya dengan batang penyapu sawang, menampar dan menendang wanita itu selepas mangsa tidak menyerahkan rantai anak mereka dan enggan meminjam wang RM500 daripada keluarganya di kampung.