Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

pukul

JOHOR BAHRU, 3 Jun: Seorang wanita dikenali sebagai Bella dan tujuh rakan lelakinya yang sebelum ini mengaku bersalah atas empat pertuduhan mengugut membunuh, ugutan memukul serta pemerasan terhadap seorang lelaki menukar pengakuan mereka di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

SEREMBAN, 14 Mei: Lima remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan kekerasan terhadap seorang pelajar 17 tahun sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam satu kejadian di Kampung Sentosa, di sini pada 8 Mei lepas.

TAWAU, 28 Nov: Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mereka melihat pelajar itu dipukul di bilik asrama kolej pada malam 21 Mac lepas.

KENINGAU, 6 Nov: Seorang lelaki ditahan polis selepas rakaman video yang memaparkannya memukul seekor anjing hingga mati di sebuah bengkel di Kampung Patikang, di sini, tular di laman sosial, sejak semalam.

MUAR, 12 Sept: Seorang penganggur yang dituduh membunuh ibu bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman mereka di sini Ogos lepas, dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas dakwaan berasingan menyebabkan kecederaan parah pada seorang lagi anak saudaranya.

Paling Popular

No results found.