
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pentadbiran baharu Malaysia berdepan tugas berat untuk mengukuhkan pemulihan, mengekalkan momentum ekonomi dan persekitaran politik yang stabil di tengah-tengah keadaan luaran yang tidak menentu termasuk potensi kemelesetan global pada 2023 seperti yang diramalkan oleh pemerhati pasaran.