Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima maklum bahawa pada PRU-15 semalam, tiada gabungan parti politik yang berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen.
TANJONG MANIS, 20 Nov: Pemenang kerusi Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab beriltizam untuk bekerja dengan lebih keras meneruskan usahanya melengkapkan kemudahan prasarana di kawasan tersebut setelah Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan besar di kawasan itu.
SARIKEI, 20 Nov: Dato’ Sri Huang Tiong Sii berazam akan bekerja bersungguh-sungguh dan mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas peluang yang diberikan.
KUCHING, 20 Nov: Roy Angau Gingkoi menyifatkan kemenangan yang dicapai di Lubok Antu bukanlah atas faktor menang nasib, sebaliknya merupakan sokongan daripada rakyat untuk melihat perubahan terutama dari segi pembangunan di kawasan tersebut.