KUALA LUMPUR, 28 Sept: Di sebalik pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak berkepentingan bagi menangani isu rasuah di negara ini, masalah itu terus berleluasa, dan paling membimbangkan apabila didapati gejala makan suap ini mempunyai generasi “pelapis” dalam kalangan belia.
Hal ini dapat dilihat daripada statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh 2007 hingga Ogos 2022 yang menyaksikan 57.8 peratus daripada 5,652 orang yang ditangkap kerana rasuah adalah penjawat awam berusia bawah 40-an.