Malaysia eksport 26.66 juta tan minyak, produk sawit pada 2024 #bm, Berita Sarawak February 18, 2025 2:52 PM MIRI, 18 Feb: Eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia dari Januari hingga Disember 2024 berjumlah 26.66 juta tan dengan nilai RM109.33 bilion, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.