
SHAH ALAM, 7 Okt: Empat anggota termasuk seorang pegawai berpangkat inspektor dipindah keluar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta-merta kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) menyalahgunakan premis kerajaan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor.