
BRUSSELS, 6 Sept: Perdana Menteri Belgium pada Isnin memberi amaran bahawa jika Kesatuan Eropah tidak campur tangan dalam krisis tenaga, blok itu boleh terjerumus dalam kancah “perang ekonomi.”
Bercakap menerusi saluran tempatan VRT, Alexander De Croo menegaskan bahawa situasi terkini tidak boleh berterusan, lapor Agensi Anadolu.