
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Perkhidmatan subsidiari milik penuh Pharmaniaga Bhd, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhds (PLSB) yang membekalkan peralatan serta perubatan kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilanjutkan enam bulan lagi sehingga 30 Jun 2023.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pharmaniaga berkata PLSB menerima surat daripada KKM bahawa Jawatankuasa Perkongsian Awam-Swasta (JKAS) telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh interim, sementara menunggu pemuktamadan perjanjian konsesi yang baharu.