KUALA LUMPUR, 17 Okt: Pemain pertahanan kanan Petaling Jaya City (PJ City) FC Rajes Perumal, 37, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal, malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kemalangan berlaku semasa mangsa menaiki motosikal dari arah Jalan Sri Batu Caves menghala Batu Muda pada 10.30 malam dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok yang berada di bahu jalan berkenaan.