ANKARA, 16 Mei: Türkiye akan mengadakan pilihan raya penentu pada 28 Mei untuk memilih presiden, selepas tiada calon memperoleh majoriti pada pilihan raya yang diadakan pada Ahad, umum Majlis Pilihan Raya pada Isnin.
Pilihan raya pusingan pertama berakhir dengan tiada calon yang berjaya melepasi jumlah undian 50 peratus yang diperlukan, tetapi Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kini mendahului, kata ketua majlis itu, Ahmet Yener, lapor Agensi Anadolu.