
PETALING JAYA, 16 Dis: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melumpuhkan dua kegiatan penyeludupan membabitkan produk tembakau, beras dan bijirin serta pil ekstasi dengan nilai keseluruhan lebih RM3 juta dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur pada Julai dan November lepas.