Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

piala asia 2023

DOHA, 1 Feb: Juara tiga kali, Iran berdepan saat sukar dalam menempah slot suku akhir Piala Asia 2023 apabila terpaksa menunggu sehingga ke penentuan penalti untuk menyingkirkan Syria pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Abdullah Bin Khalifa di sini, malam ini (awal pagi waktu Malaysia).

DOHA, 30 Jan: Korea Selatan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023 apabila mengalahkan Arab Saudi 4-2 menerusi penentuan penalti, selepas terikat 1-1 pada aksi pusingan 16 terbaik yang berlanjutan sehingga 120 minit permainan di sini, malam ini (awal pagi waktu Malaysia).

AL KHOR (QATAR), 30 Jan: Penyerang sensasi Qatar Akram Afif, menjadi inspirasi dalam kejayaan The Maroons bangkit daripada ketinggalan untuk layak ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023, selepas mengatasi Palestin 2-1 pada aksi pusingan 16 terbaik di sini, malam tadi (awal pagi Selasa waktu Malaysia).

DOHA, 29 Jan: Kisah inspirasi Tajikistan yang membuat debut diteruskan apabila layak ke suku akhir Piala Asia 2023 selepas menyingkirkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-3 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 di Stadium Ahmad Ali, Al Rayyan, malam tadi (awal pagi waktu Malaysia).

DOHA, 27 Jan: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyeru semua pihak berhenti menuding jari dan melihat prestasi kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada Piala Asia 2023 dari sudut yang positif.

Paling Popular

No results found.