
BANGKOK, 29 Dis: Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand bercadang untuk memberi suntikan penggalak vaksin COVID-19 secara percuma kepada pelawat asing dalam usaha menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke negara itu.
Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn berkata pemberian suntikan penggalak secara percuma untuk pelancong adalah pelaburan yang berbaloi.