
PETALING JAYA, 19 Feb: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Unit Anjing Pengesan (K9) tidak mendapat sebarang petunjuk kehilangan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin semasa melakukan pencarian di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pagi hari kedua kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang.