
SINGAPURA, 30 Mei: Pertemuan pelbagai hala antara Menteri Pertahanan ASEAN, Timor Leste dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth di sini, bakal memperkukuh kerjasama pertahanan serantau, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.