Malaysia teroka teknologi UAV, sasar hasilkan UAV tempatan – TPM Ahmad Zahid #bm, Dunia September 11, 2024 2:53 PM SHANGHAI, 11 Sept: Malaysia terus mengukuhkan usaha dalam penerokaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui kerjasama dengan China, termasuk pertukaran dan perkongsian kepakaran serta teknologi dalam bidang tersebut.