Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

HAMILTON, 12 Dis: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu meluluskan resolusi yang mengesahkan sokongan terhadap Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) serta menyeru Israel memastikan operasi agensi itu berjalan tanpa halangan.

BAKU (Azerbaijan), 14 Nov: Penyertaan Malaysia dalam Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) tepat pada masanya untuk mengukuhkan kedudukan mampan negara ini apabila memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.

RAMALLAH, 8 Nov: Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan peranan yang berkesan dalam menghentikan jenayah pendudukan di Semenanjung Gaza, terutama dengan meluasnya gelombang kebuluran dan hukuman kolektif terhadap dua juta rakyat Palestin.

NEW YORK, 29 Sept: Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Utusan Khas untuk Memerangi Islamofobia, sambil menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang semakin meningkat terhadap golongan minoriti, khususnya umat Islam.

NEW DELHI, 26 Sept: Maldives pada Rabu menyeru pemansuhan kuasa veto lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terdiri daripada 15 anggota, dengan menyifatkannya menghalang badan dunia itu daripada mengambil tindakan terhadap Israel.

Paling Popular

No results found.