
SEOUL, 14 Nov: Persidangan Kewartawanan Korea Press Foundation (KPF) 2024 membuka tirai pada Khamis dengan sesi pra-Persidangan Kewartawanan ASEAN-Korea, menghimpunkan pengamal media dari ASEAN untuk membincangkan kesan teknologi digital terhadap pengeluaran, pengedaran dan penggunaan berita.
Setiausaha Editorial Kompas Daily dari Indonesia, Indriastuti Dewi berkongsi pandangannya mengenai bagaimana teknologi digital mengubah aliran kerja di organisasinya, terutamanya sebagai sebuah akhbar tradisional.