
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan kes penganiayaan terhadap anak-anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) berulang.
Presiden OKU Sentral itu berkata beliau akan terus memperjuang nasib anak-anak OKU agar kejadian yang berlaku kepada remaja sindrom Down Bella tidak berulang.