KUALA LUMPUR, 18 Dis: Perjanjian Persefahaman Kerjasama antara gabungan Kerajaan Perpaduan ditandatangani secara terbuka dan suci hati bagi menjamin kestabilan politik sekali gus menumpukan usaha kerajaan terhadap pembangunan negara dan menyelesaikan permasalahan rakyat.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perjanjian itu yang mengambil pengajaran daripada ketidakstabilan pentadbiran akibat pertelagahan antara parti-parti politik yang membentuk kerajaan sebelum ini, dilakukan tanpa ada sebarang agenda tersembunyi atau perjanjian rahsia.