
ISTANBUL, 12 Mei: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada lewat Ahad mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani satu perintah eksekutif berskala besar bagi mengurangkan harga ubat yang memerlukan preskripsi di negara itu sehingga 80 peratus, menyifatkannya sebagai antara “Perintah Eksekutif paling penting dalam sejarah negara kita”, lapor Anadolu Ajansi (AA).