
KUALA LUMPUR, 10 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Marriott International David Marriott yang mewakili sebuah syarikat hospitaliti terbesar di dunia.

SEREMBAN, 8 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, yang merupakan R&R lestari pertama di lebuh raya negara ini.

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kerajaan akan terus menggiatkan usaha memastikan negara terus stabil, di samping mewujudkan ekosistem yang kondusif dan mesra perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa dan kunjungannya bukan sahaja membabitkan urusan rasmi, tetapi turut mendalami budaya dan warisan sejarah negara termasuk menikmati hidangan tempatan.

PUTRAJAYA, 2 Sept: Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, di sini hari ini.