BUTTERWORTH, 7 Feb: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meminta agensi berkaitan melaporkan segala kerosakan infrastruktur awam akibat banjir supaya kerja-kerja membaik pulih dapat dilaksanakan segera oleh kerajaan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, hujan lebat berterusan telah menyebabkan banjir melanda beberapa negeri sejak dua minggu lepas dan pihak kementerian giat memberi bantuan dari segi membaik pulih kerosakan yang berlaku selain menyediakan kemudahan pusat pemindahan sementara.