Sarawak tidak abaikan bekalan elektrik luar bandar #bm, Berita Sarawak June 28, 2025 3:09 PM KOTA SAMARAHAN, 28 Jun: Rakyat Sarawak diminta untuk tidak berpegang kepada persepsi salah bahawa penjualan tenaga elektrik ke luar negeri menjadi punca sesetengah kawasan pedalaman masih belum menerima bekalan elektrik.