KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Kelonggaran pemakaian batik pada hari bekerja lain, tidak hanya pada Khamis memberi keselesaan kepada penjawat awam untuk menyesuaikan cara pemakaian dengan perubahan suhu premis yang telah ditetapkan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, menyokong inisiatif kecekapan tenaga sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia.