
PUTRAJAYA, 26 Nov: Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini, menjelang pelaksanaan sistem itu yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Dis ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.