KUALA LUMPUR, 14 April: Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis semalam beberapa jam selepas insiden 13 motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di ruangan parkir pusat beli-belah Suria KLCC, di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata suspek berusia 34 tahun itu direman sehingga 19 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.