PERMATANG PAUH, 30 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pengundi di Pulau Pinang khususnya pengundi Melayu akan mengundi parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan di negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Anwar berkata beliau berharap kawan-kawan (pengundi-pengundi) di Pulau Pinang akan pulih dari terbawa-bawa dengan sentimen ketika Pilihan Raya Umum ke-15 lepas dan sokong Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.