COVID: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak – Fahmi #bm, COVID-19, Malaysia December 18, 2023 2:25 PM KUALA LUMPUR, 18 Dis: Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19, seperti yang tular di media sosial ketika ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.