
BEIJING, 30 Mei: Sebanyak 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) bagi jangka pendek, sederhana dan panjang sekali gus menjadi ‘game changer’ atau pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran itu adalah hasil jalinan kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dengan pihak industri berkaitan TVET di China iaitu Beifang Automotive Education Group dan Tang (M) International Education Group melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai di sini malam tadi.