VLADIVOSTOK (Rusia), 5 Sept: Dua lagi disahkan maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka di Kamchatka, Rusia, menjadikan jumlah korban setakat ini lapan orang dan usaha menyelamat terpaksa dihentikan ekoran cuaca buruk, lapor Xinhua.
Seorang pegawai tempatan pada Isnin berkata operasi menyelamat akan diteruskan sebaik keadaan cuaca mengizinkan, lapor Agensi Berita TASS.