KUALA LUMPUR, 7 Sept: AmBank menjangkakan lebih banyak permintaan daripada segmen pembiayaan hijau bagi tahun kewangan 2023, seiring dengan komitmen bank itu dan persatuan bank-bank untuk menyokong pelepasan karbon sifar negara menjelang 2050.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata pada suku pertama tahun kewangan 2023, ia telah memperoleh kira-kira RM400 juta pinjaman melibatkan pembiayaan hijau.