KUALA LUMPUR, 25 Mei : Grab Malaysia hari ini menjelaskan bahawa caj tambang perkhidmatan e-hailingnya yang dilihat berubah tidak menentu baru-baru ini adalah berpunca daripada kekurangan pemandu yang bekerja ketika itu untuk memenuhi permintaan yang tinggi.