DUN Sarawak: Lebih RM227 juta diluluskan imbangi pembangunan luar bandar dan bandar – Awang Tengah #bm, Berita Sarawak May 15, 2024 11:20 AM KUCHING, 15 Mei: Kerajaan telah meluluskan siling peruntukan berjumlah lebih RM227 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RM Ke-12) bagi melaksanakan projek-projek pembangunan bandar baharu, pekan baharu dan pusat perkhidmatan (service centre).