Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

pdrm

ALABAMA (USA), 1 Julai: Menyimpan impian sejak tahun 2017 hingga membuah emas pertama di pentas dunia, demikianlah kisah penuh inspirasi Koperal Mohd Hafizul Tuah, yang berjaya merangkul pingat emas kategori bina badan lelaki 30–39 tahun pada World Police & Fire Games (WPFG) 2025 baru-baru ini.

ALABAMA (USA), 1 Julai: Atlet bina badan Malaysia, Lans Koperal Faizal Mat Rasyid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai kategori Men Sport Physique Atas 167cm pada Kejohanan World Police & Fire Games (WPFG) 2025 yang berlangsung di The Lyric Theatre, Alabama, Amerika Syarikat baru-baru ini.

SARATOK, 30 Jun: Seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu antara yang ditahan dalam Ops Motosikal Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diadakan di kawasan sekitar Jalan Feeder Saratok, Jalan Roban Lama dan kawasan sekitar Pekan Saratok mulai 12 Jun hingga semalam.

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Sebahagian daripada 36 warga Bangladesh yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti militan di negara ini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Polis menahan dua lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan serta menyamar sebagai penjawat awam di Jalan Dinar, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, Selangor semalam.

Paling Popular

No results found.