
KUALA LUMPUR, 10 Mei: AirAsia berbangga untuk terus menyokong inisiatif FLYsiswa yang menawarkan subsidi tiket penerbangan domestik kepada pelajar universiti awam, yang disambung semula bermula bulan ini.
Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Paul Caroll berkata dengan penambahan penerbangan antara Pulau Pinang dan Kuching serta Pulau Pinang dan Kota Kinabalu pada Mac, pelajar kini mempunyai akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik syarikat penerbangan itu, menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan.