
PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) — Had jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan Aidiladha yang akan berkuat kuasa esok perlu dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat agar penularan COVID-19 dapat dicegah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.