TANJUNG SEPAT, 12 Julai: Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.
Monsun Barat Daya yang bermula sejak pertengahan Mei lepas dan dijangka berterusan sehingga September ini, menyebabkan berlaku taburan hujan lebih rendah di kebanyakan tempat dalam tempoh itu.